Wednesday 15 April 2015

Blogger (Ina)

Assalamualaikum w.b.t.


Pengenalan Blogger

Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya seperti tajuk yang ingin ditulis dan aktiviti yang telah dilakukan dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog ini menggabungan teksimej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog yang ditulis dengan teks.

Pengguna yang menggunakan blog ini lebih suka akan menulis kehidupan harian mereka kerana dengan blog ini dapat memudahkan pengguna untuk menulis catatan harian mereka. Sesetengah orang akan menulis diary atau cerita mereka di buku tetapi zaman sekarang sudah maju, dengan menggunakan blog sahaja pengguna boleh menulis aktiviti harian mereka. 

Blog juga membolehkan pengguna untuk membuat jualan atau mempromosikan bussiness dengan membuat blog supaya orang ramai akan tahu bussiness yang dibuat. Selain itu, pengguna boleh mendapat duit apabila menggunakan blog ini. Pengguna akan mendapat duit apabila pengunjung mengunjungi blog pada bila-bila masa. Jika rating blog seseorang itu tinggi, jadi duit yang pengguna itu dapat akan menjadi banyak. Oleh itu, pengguna haruslah aktif dalam kegiatan menulis blog ini.

Image result for blogger wikipedia melayu


Credit Blog : Ina

Tuesday 14 April 2015

Google Plus (Shahril)

Assalamualaikum w.b.t.

Google +(plus) merupakanan laman sesawang rangkaian sosial dalam talian yang dikendalikan oleh google .Laman ini secara rasminya dibuka pada 22 jun 2011. Pengguna yang mempunyai rakan yang berumur 18tahun dan  ke atas menyertai laman sosial ini. Tetapi menurut eksekutif syarikat google, vic gundotra,perkhidmatan ini dihentikan dalam masa sehari kerana mendapat permintaan yang begitu banyak daripada pengguna.Perkhidmatan ini direka bersama laman sosial lain seperti google profiles dan google buzz. Laman ini  juga memperkenalkan ciri-ciri baharu rangkaian sosial seperti cicles ,hangout, spark , huddle .Dikatakan ini merupakan percubaan pertama dan terbesar syarikat google untuk bersaing dengan laman sosial seperti facebook.




Credit Blog : Shahril

Monday 13 April 2015

We Heart It (Deeba)

 Assalamualaikum w.b.t.


Pengenalan We Heart It

Laman web We Heart It adalah tempat untuk berkongsi gambar dan satu rangkaian sosial untuk meletakkan imej-imej sebagai inspirasi. Laman web ini digambarkan sebagai 'Home Inspiration Of Image' kerana ia penuh dengan pengisian gambar-gambar dan digelar 'Share What We Like'. Pengguna laman web ini boleh berkongsi dan mengumpul gambar-gambar yang telah dimasukkan ke dalam laman web ini bersama rakan-rakan.

Kebiasaan pengguna laman web ini akan memasukkan gambar yang memberi maksud dengan gambar yang telah mereka post. Pengguna laman web ini kebanyakannya suka akan gambar yang hidup dan memberi makna dalam gambar tersebut.

Pengguna boleh menggunakan aplikasi ini laptop atau di komputer. Ianya juga boleh digunakan di telefon,android dan sebagainya.

Laman web ini juga boleh mempunyai rakan iaitu followers yang mengikut perkembangan aktiviti kita di laman web ini. Oleh itu, pengguna boleh berhubung dengan sesiapa sahaja melalui laman web ini. Apabila kita memasukkan gambar di dalam laman web ini, pengguna boleh like gambar tersebut dengan klik pada gambar hati (love) untuk like post gambar tersebut.

Image result for we heart it wiki


Credit Blog : Deeba


Sunday 12 April 2015

9GAG (Meor)

Assalamualaikum w.b.t


Pengenalan 9GAG

9GAG ialah laman web untuk pengguna memuat naik atau berkongsi imej 'dijana pengguna' (oleh pengguna) dan video. 9GAG juga adalah laman web yang kelakar yang menampilkan berbagai visual samaada dalam bentuk gambar atau video. Pangkalan 9GAG ini berpusat di Mountain View, California. 

Laman web ini telah diasaskan pada tahun 2008 oleh pelajar Universiti Hong Kong iaitu Chris Chan,Ray Chan,Marco Fung,Brian Yu dan Derek Chan. 9GAG diwujudkan untuk mewujudkan platform alternatif dalam talian untuk emel di mana pengguna dengan mudah boleh berkongsi gambar atau video yang lucu untuk dipamerkan kepada orang ramai. Perkembangan laman web ini kerana ianya telah banyak dikongsi oleh pengguna 9GAG ke twitter, facebook, youtube dan banyak lagi. Oleh itu, 9GAG pada masa kini telah menjadi viral.

9GAG new logo.svg


Credit Blog : Meor

Saturday 11 April 2015

Tubidy (Zarul)

Assalamualaikum w.b.t

Pengenalan Tubidy

Tubidy merupakan laman web untuk mendownload video atau audio (mp3). Laman web tubidy ini mudah mencari video di Youtube dan proses untuk mendownload adalah cepat dan mudah. Fail untuk video adalah kecil serta tersedia banyak pilihan untuk download.

Apabila ingin menggunakan laman web ini atau mendownload video, kita perlulah register untuk mendownload. Jika belum mendaftar Tubidy perlulah Sign Up terlebih dahulu. Kelebihan dalam menggunakan laman web ini ialah langkah untuk mendownload sangat mudah dan susunan yang teratur. Kekurangan laman web ini pula ialah tidak diselenggara dengan baik serta stop update (pemberhentian update).



Credit Blog : Zarul





 

Friday 10 April 2015

Garena (Shafiq)

Assalamualaikum w.b.t.


Pengenalan Garena

Garena adalah Connecting World Games. Garena mempunyai beberapa jenis permainan di dalam laman web tersebut. Garena mempunyai lapan jenis permainan di antaranya ialah Blackshot, League Of Legend, Fifa Online 3, Horn dan banyak lagi. Laman web Garena ini juga menyediakan aplikasi seperti mudah berkomunikasi bersama rakan permainan kita ketika berada di dalam game tersebut. Aplikasi komunikasi tersebut ialah G-Talk atau Garena Talk. Aplikasi ini boleh berhubung dalam bentuk suara ataupun melalui pesanan. Aplikasi ini boleh dimasuki oleh ramai orang tetapi kebiasaannya 5 orang sahaja. Ia kerana kebanyakan game berlawan secara 5 lawan 5 seperti game League Of Legend.

Selain itu juga Garena menyediakan aplikasi Garena Plus bagi memudahkan menambah rakan baru dan menghantar pesanan secara privasi (tertutup). Kebiasaannya ramai menggunakan aplikasi di laptop atau komputer kerana boleh terus bermain game untuk memudahkan pengguna. Aplikasi ini juga boleh digunakan di telefon. Pengguna Apple dan Android  boleh memilikinya. Jika menggunakan di telefon ia boleh berhubung dengan rakan tetapi tidk boleh bermain game seperti di laptop atau komputer.

Image result for garena.com



Credit Blog : Shafiq

Thursday 9 April 2015

Yahoo! Mail (Hassan)

Assalamualaikum w.b.t.

Pengenalan Yahoo! Mail

Yahoo! Mail ialah perkhidmatan e-mel berasaskan web (webmail) daripada Yahoo!. Ia merupakan penyedia e-mel terbesar di Internet, dengan jutaan pengguna. Pesaing utama Yahoo! Mail ialah Windows Live HotmailGmail dan AOL Mail.
Pada 26 Ogos 2007, versi AJAX untuk Yahoo! Mail dikira sudah lengkap dan mula menggantikan Yahoo! Mail versi lama. Pengembangan antara muka baru ini bermula pada Julai 2004. Pada masa ini ia serasi dengan Internet Explorer 7 dan Mozilla Firefox serta Camino (dan pelayar berasaskan Gecko lain) (sebagai sebahagian rancangan Yahoo! untuk menaiktaraf semua tapaknya supaya serasi dengan Firefox). Walaupun boleh digunakan melalui Opera dan Safari, terdapat sedikit masalah pada penggunaannya .

Image result for yahoo mail icon

Credit Blog : Hassan

Wednesday 8 April 2015

Mobafire (Mirzan)

Assalamualaikum w.b.t. Mobafire ini adalah laman web tentang League Of Legends berfungsi untuk mencari maklumat berkaitan LOL.

Pengenalan Mobafire


Mobafire ialah sejenis laman web tentang league of legends, ia berfungsi untuk mencari maklumat tentang league of legends.Mobafire ditubuh pada tahun 2009 dan ia sejenis game online bagi seluruh dunia. Selain itu, Mobafire ada 4 jenis maklumat iaitu Builds and guild, Database, Tournament, Community, and watch league. 

Mobafire pernah mengadakan Juara Liga Keadilan seperti pelbagai permainan kerana mereka berkuasa, semua daripada mereka membawa gaya dan kebolehan yang unik ke dalam Institut Perang. Setiap berjuang untuk puak  mereka sendiri, mereka membawa kebolehan dan gaya pertempuran dari seluruh Valoran ke dalam arena untuk menyelesaikan konflik.



Kaedah Penggunaan Mobafire :


1. Mencari maklumat

2. Mengepostkan gambar

3. Dapat menengok league of legends secara live

4. Dapat berkogsi maklumat dengan rakan


Credit Blog : Mirzan

Tuesday 7 April 2015

Google (Azlan)


Assalamualaikum w.b.t. 


Pengenalan Google


Google adalah satu laman web yang digunakan untuk mencari sesuatu maklumat yang kebanyakan digunakan di serata dunia.Google sering digunakan untuk mencari maklumat yang dikehendaki . Jika hendak mencari maklumat menggunakan Google ini tidak perlu mendaftar . Jika ingin memuat naik, membuka app di dalam Google ,perlulah mendaftar terlebih dahulu. Google bukan sahaja untuk mencari maklumat , membuka app , membuka laman sosial Google juga boleh digunakan untuk mencari gambar di google image , melihat peta seperti di google maps, serta dapat translate bahasa-bahasa di serata dunia . 

Selain itu juga Google mempunyai aplikasi yang lain untuk berhubung dengan orang lain seperti gmail, akaun google dan google drive. Google ini dapat memudahkan pengguna untuk mencari maklumat yang penting selain mudah dan cepat untuk digunakan. Anak syarikat Google di Malaysia mula beroperasi di Kuala Lumpur pada Januari 2011 di Menara City Bank, Kuala Lumpur, lalu berpindah ke KL Sentral pada Ogos 2013.



Image result for google



Credit Blog : Azlan