Tuesday, 18 August 2015

WEB RESPONSIVE

PENGERTIAN WEB-RESPONSIVE!!!

 

PENGENALAN

Sekarang ramai orang melakukan aktiviti online melalui device SmartPhone untuk update status, upload gambar, dan mengakses sebuah website. Dengan keadaan yang seperti ini,  kita sebagai pemilik website harus memiliki website yang boleh diakses melalui device SmartPhone tersebut. Bagi yang menggunakan CMS seperti WordPress mungkin sudah tersedia pluginnya. Dengan hadirnya teknologi Responsive ini, kita hanya perlu menggunakan satu design saja untuk berbagai device yang ada dan boleh digunakan di mana sahaja.
 



APAKAH ITU WEB RESPONSIVE ???

Responsive Web Design adalah sebuah teknik yang digunakan untuk membuat layout website untuk menyesuaikan diri dengan tampilan device pengunjung, baik ukuran maupun orientasinya. Jadi paparan yang berada di desktop komputer dengan paparan yang diakses melalui SmartPhone akan berbeza paparannya. Responsive Web Design ini apabila kita menggunakan satu website di komputer ia akan memaparkan maklumat yang berada di dalamnya. Apabila kita "RESTORE DOWN" paparan akan menjadi kecil dan maklumat di dalamnya semua akan dipaparkan walaupun kita kecilkan lagi website tersebut.
Seterusnya, apabila kita buka website di smartphone ia akan memaparkan keseluruhan maklumat di dalam website tersebut walaupun smartphone itu lebih kecil daripada komputer. Oleh itu, responsive web design ini boleh memaparkan keseluruhan maklumat didalamnya samaada di komputer atau di smartphone. Dengan ini, pengguna dapat menggunakan website secara mudah dengan paparan yang ada.

P/S : Gambar seperti di atas ini menunjukkan bahawa dengan adanya web responsive ini ia boleh memaparkan website di mana-mana sahaja device.

Sunday, 9 August 2015

Apa Itu Bootstrap ???

BOOTSTRAP

 Bootstrap adalah front-end framework yang solek, baik dan luar biasa yang mengedapankan paparan untuk mobile device (Handphone, smartphone dll.) Penggunaan ini mempercepat dan mempermudahkan pengembangan website. Bootstrap menyediakan HTML, CSS dan Javascript siap pakai dan mudah untuk dikembangkan. 

BELAJAR BOOTSTRAP UNTUK APA ?

 Bootstrap merupakan framework (Rangka Kerja) untuk membangunkan design web secara responsif. Maksudnya, paparan web yang dibuat oleh bootstrap akan menyesuaikan ukuran layar dari browser yang kita gunakan baik di desktop, tablet ataupun mobile device. Fitur ini boleh diaktifkan ataupun tidak diaktifkan sesuai dengan keinginan kita sendiri sehingga kita boleh membuat web untuk memaparkan desktop saja dan apabila dirender oleh mobile browser maka tampilan dari web yang kita buat tidak boleh beradaptasi sesuai layar. Dengan bootstrap kita juga boleh membangunkan web dinamik ataupun statik.

Di bawah ini adalah antara ikon bootstrap:
 

 

Thursday, 2 July 2015

Recognize The Type Of User Interface


Assalamualaikum, post kali ini kita akan membincangkan tentang Recognize The Type Of User Interface iaitu Jenis-jenis Antara Muka. Ada beberapa User Interface yang akan dibincangkan iaitu :


    1.    Antara muka baris arahan ( Command-line Interface / CLI )
Pengguna menaip satu arahan pada papan kekunci komputer dan system komputer bertindak dengan paparkan arahan yang telah diberi pada monitor computer.

    2. Antara muka grafik ( Graphical User Interface / GUI )
Antara muka grafik menerima input melalui papan kekunci komputer,tetikus dan menyediakan output grafik pada monitor komputer.
Antara muka grafik digunakan untuk manipulasi ikon secara terus dengan menggerakkan sesuatu peranti.

   3.   Antaramuka berpandukan menu ( Menu-driven User Interfaces / MDUI )
Antaramuka berpandukan menu membenarkan pengguna untuk mendapat arahan melalui menu.



            4. Antaramuka Segera ( Prompt User Interface / PUI ) 
     Antaramuka segera mempercepatkan pengguna untuk memasukkan sesuatu maklumat,sistem komputer meminta maklumat serta pergi ke langkah yang seterusnya. Contohnya, komputer minta log in untuk membuka sesuatu laman web.


                5. Antaramuka Melalui Suara ( Voice User Interface / VUI )
Antaramuka melalui suara membenarkan pengguna berinteraksi dengan menggunakan suara. Percakapan pengguna akan dirakam dan segala patah perkataan pengguna bercakap akan mengeluarkan respon. Tetapi, sistem komputer boleh memahami perkataan dalam tatabahasa yang betul sahaja.


          6. Antaramuka Pelbagai Modal Pengguna ( Multi-modal User Interfaces / MUI )

Antaramuka Pelbagai Modal Pengguna merujuk kepada interaksi antara maya dan persekitaran fizikal melalui komunikasi mod semula jadi. Sistem pelbagai modal menyediakan persekitaran yang lebih efisyen, dan boleh digunakan bagi membenarkan pengguna untuk berinteraksi melalui kaedah input seperti ucapan, tulisan, isyarat tangan dan pandangan. Selain itu, kaedah output juga dapat digunakan bagi tujuan ini.




Thursday, 25 June 2015

Human - Computer Interaction

Pada post kali ini, ia akan menerangkan Human- Computer Interaction iaitu cara manusia dan komputer berinteraksi. Apa yang dimaksudkan dengan Human Computer Interaction ini???
Oleh itu, kita perlu mengenalpasti maksud/definisi HCI ini seperti di bawah:

Definisi HCI 
adalah suatu proses/aktiviti iaitu HCI , pengguna boleh manfaatkanya dan boleh berinteraksi antara dua muka (interface) melalui medium (hardware) seperti komputer. Semasa HCI sedang dijalankan, sebenarnya kita sedang berinteraksi dengan komputer dan kita sendiri yang memberi arahan kepada komputer, dan sistem komputer menerima arahan daripada kita dan terus melaksanakan arahan tersebut. Sistem komputer akan melaksanakan arahan sehingga selesai. HCI juga merupakan suatu perkara yang menekankan pada aspek rekabentuk, penilaian dan perlaksanaan daripada sistem komputer yang interaktif untuk kegunaan manusia dengan mengambil kira perkara yang terjadi disekeliling. Tujuan HCI adalah membuatkan sistem lebih berguna, bebas dari gangguan pengguna luar (hacker), produktif, efektif, efisien dan mempunyai pelbagai fungsi. 


HUMAN/PENGGUNA YANG MENGGUNAKAN HCI 
 Manusia yang menggunakan HCI adalah pengguna/orang yang berinteraksi dengan komputer melalui sistem komputer dengan memberikan arahan serta merta sehingga dapat menyelesaikan kerja sehingga selesai. Manusia atau pengguna yang menggunakan HCI menggunakan hardware seperti komputer, tetikus (mouse) untuk memasukkan maklumat seperti rekabentuk, penilaian seseorang dan sebagainya. Tanpa manusia, HCI tidak dapat dijalankan dan dibangunkan. 


COMPUTER 
 Semua sudah maklum apa itu komputer. Jika yang baru mengenali dunia IT, komputer adalah hardware yang digunakan sebagai medium untuk manusia berinteraksi dengannya. Untuk menjalankan HCI, perkakasan seperti komputer amat diperlukan. Telefon bimbit juga merupakan perkakasan sama seperti komputer yang didalamnya terdapat “add gesture” “fingerprints” dan sebagainya. Dunia moden sekarang telah banyak mewujudkan komputer pelbagai jenis 


INTERACTION 
 Interaksi pula adalah sesuatu perkara yang membolehkan terjadinya sesuatu interaksi antara pengguna dan komputer. Interaksi adalah perkara yang menyampai maklumat melalu medium yang telah dinyatakan tadi dengan mudah. Bagaimana interaksi boleh terjadi? Interaksi merupakan proses dimana ianya memerlukan manusia (human) dan juga komputer (hardware) untuk berinteraksi untuk menyelesaikan sesuatu perkara dalam aspek rekabentuk, penilaian dan sebagainya. Tanpa kedua perkara tersebut, akan tidak wujud interaksi antara manusia dan computer kerana computer menerima arahan daripada pengguna yang dipanggil interaction.

Wednesday, 15 April 2015

Blogger (Ina)

Assalamualaikum w.b.t.


Pengenalan Blogger

Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya seperti tajuk yang ingin ditulis dan aktiviti yang telah dilakukan dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog ini menggabungan teksimej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog yang ditulis dengan teks.

Pengguna yang menggunakan blog ini lebih suka akan menulis kehidupan harian mereka kerana dengan blog ini dapat memudahkan pengguna untuk menulis catatan harian mereka. Sesetengah orang akan menulis diary atau cerita mereka di buku tetapi zaman sekarang sudah maju, dengan menggunakan blog sahaja pengguna boleh menulis aktiviti harian mereka. 

Blog juga membolehkan pengguna untuk membuat jualan atau mempromosikan bussiness dengan membuat blog supaya orang ramai akan tahu bussiness yang dibuat. Selain itu, pengguna boleh mendapat duit apabila menggunakan blog ini. Pengguna akan mendapat duit apabila pengunjung mengunjungi blog pada bila-bila masa. Jika rating blog seseorang itu tinggi, jadi duit yang pengguna itu dapat akan menjadi banyak. Oleh itu, pengguna haruslah aktif dalam kegiatan menulis blog ini.

Image result for blogger wikipedia melayu


Credit Blog : Ina