Wednesday 27 August 2014

Mencipta Hubungan (Relations) Satu ke Satu (One To One)


ONE TO ONE RELATIONSHIP (Hubungan Satu ke Satu)

Membuat hubungan satu ke satu mengenai data pelajar di Kolej Vokasional Kuala Selangor.Langkah-langkahnya ialah:

1.Pertama sekali,buka MsAccess.

2.Selepas itu,berikan nama yang sesuai bagi fail yang ingin dibuat dan klik pada 'Create'.



3.Buat jadual:

-Pelajar

-NoPelajar

4.Seterusnya,namakan jadual yang sesuai mengenai data yang ingin dibuat.



5.Kemudian,buat satu lagi jadual iaitu (NoPelajar)



6.Kemudian,akan menjadi jadual seperti di bawah ini



7.Selepas itu,klik pada 'Database Tools',kemudian klik pada 'Relationship'





8.Akan memaparkan kotak 'Show Table' kemudian klik pada 'Pelajar' dengan 'NoPelajar' dan klik pada 'Add'.Akan memaparkan kotak seperti di bawah ini:





9.Kemudian,seretkan 'IdPelajar' pada kotak NoPelajar kepada 'IdPelajar' pada kotak Pelajar dan klik pada 'Enforce Referential Integrity' dan klik 'create'.

10.Selepas itu,akan memaparkan seperti di bawah ini:





11.Enforce Referential Integrity ialah satu konsep pangkalan data yang memastikan hubungan antara jadual tetap konsisten. Apabila satu jadual mempunyai kunci asing ke jadual yang lain, konsep Enforce Referential Integrity menyatakan bahawa tidak boleh menambah rekod ke jadual yang mengandungi kunci asing kecuali terdapat rekod yang sama dalam jadual yang dipautkan.




Tuesday 26 August 2014

Ciri-Ciri Hubungan

Assalamualaikum,semester 2  ini saya belajar tentang hubungan(relationship).Sebelum ini,saya telah postkan definisi dengan jenis hubungan.Hari ini saya belajar tentang ciri-ciri hubungan.Ada 3 ciri hubungan iaitu Satu ke Satu,Satu ke Banyak dan Banyak ke Banyak.

 
Ciri-ciri Hubungan Satu ke Satu
-Ciri hubungan satu ke satu ialah suatu Entiti dihubungkan ke suatu Entiti yang lain.Seperti contoh,Entiti Pelajar dengan Entiti Kursus boleh dikaitkan dengan hubungan satu ke satu.Seorang Pelajar boleh mendaftar satu Kursus sahaja.
 
Ciri-ciri Hubungan Satu ke Banyak
-Ciri hubungan satu ke banyak pula ialah satu Entiti dihubungkan ke banyak Entiti.Seperti contoh,Entiti Pensyarah dengan Entiti Pelajar.Kedua-dua entiti ini adalah hubungan satu ke banyak kerana Pelajar boleh mempunyai seorang Pensyarah sahaja.



Ciri-ciri Hubungan Banyak ke Banyak
-Ciri hubungan banyak ke banyak pula ialah banyak Entiti boleh dihubungkan ke banyak Entiti.Seperti contoh,Entiti Pelanggan dengan Entiti Barang.Entiti ini adalah hubungan banyak ke banyak kerana ramai pelanggan boleh membeli banyak barang.











Wednesday 13 August 2014

Jenis-Jenis Hubungan (Relationship) Dalam Ms Access

Assalamualaikum w.b.t,hari ini saya akan menyatakan jenis-jenis hubungan (relationship) di dalam Ms access.Pada post yang lepas,saya telah menyatakan maksud bagi hubungan (relationship) dalam Ms access.Sekarang,jenis-jenis hubungan dalam Ms access ada 3 jenis hubungan iaitu:


 i.Satu kepada Satu

Dalam hubungan satu kepada satu,setiap rekod di dalam jadual contohnya jadual (Maklumat Pelajar),mempunyai satu rekod yang lebih kurang sama dengan jadual (Markah Pelajar).Jadual (Markah Pelajar) juga mesti mempunyai satu rekod yang sama dengan jadual (Maklumat Pelajar).Maklumat yang berada di dalam jenis hubungan satu kepada satu akan berada di dalam satu jadual.
 
ii.Satu kepada Banyak
 
Dalam hubungan satu kepada banyak adalah hubungan yang paling biasa di antara dua jadual dalam pangkalan data.Contohnya,jadual (Maklumat Pelajar) boleh mempunyai rekod yang banyak yang hampir sama dengan jadual (Markah Pelajar).Jadual (Markah Pelajar) hanya boleh mempunyai satu rekod yang sama sahaja di dalam jadual (Maklumat Pelajar).

   
iii.Banyak kepada Banyak

Dalam hubungan banyak kepada banyak,jadual (Maklumat Pelajar) boleh mempunyai rekod yang sama banyak dengan jadual (Markah Pelajar).Manakala,jadual (Markah Pelajar) juga boleh mempunyai sama banyak dengan jadual (Maklumat Pelajar). Satu hubungan banyak ke banyak bermakna untuk setiap rekod dalam satu jadual.