Friday 10 April 2015

Garena (Shafiq)

Assalamualaikum w.b.t.


Pengenalan Garena

Garena adalah Connecting World Games. Garena mempunyai beberapa jenis permainan di dalam laman web tersebut. Garena mempunyai lapan jenis permainan di antaranya ialah Blackshot, League Of Legend, Fifa Online 3, Horn dan banyak lagi. Laman web Garena ini juga menyediakan aplikasi seperti mudah berkomunikasi bersama rakan permainan kita ketika berada di dalam game tersebut. Aplikasi komunikasi tersebut ialah G-Talk atau Garena Talk. Aplikasi ini boleh berhubung dalam bentuk suara ataupun melalui pesanan. Aplikasi ini boleh dimasuki oleh ramai orang tetapi kebiasaannya 5 orang sahaja. Ia kerana kebanyakan game berlawan secara 5 lawan 5 seperti game League Of Legend.

Selain itu juga Garena menyediakan aplikasi Garena Plus bagi memudahkan menambah rakan baru dan menghantar pesanan secara privasi (tertutup). Kebiasaannya ramai menggunakan aplikasi di laptop atau komputer kerana boleh terus bermain game untuk memudahkan pengguna. Aplikasi ini juga boleh digunakan di telefon. Pengguna Apple dan Android  boleh memilikinya. Jika menggunakan di telefon ia boleh berhubung dengan rakan tetapi tidk boleh bermain game seperti di laptop atau komputer.

Image result for garena.com



Credit Blog : Shafiq