Tuesday 31 March 2015

Brainly (Irfah)


Apa Itu Brainly???


Untuk pengetahuan anda semua, brainly.my adalah rangkaian pembelajaran sosial yang direka khas bagi membantu para pelajar untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Ini bersesuaian dengan objektif mereka iaitu belajar bersama dan membantu antara satu sama lain dalam pembelajaran. 
Bagaimana ianya berfungsi?? lihat paparan di bawah..
Maksud bagi paparan di atas ialah jika anda sukakan sesuatu matapelajaran tersebut, tetapi anda sangat lemah mengendalikan lain-lain matapelajaran, anda boleh belajar bersama pelajar yang pandai mengenai pelajaran tersebut.

Brainly juga adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Cracow, Poland, yang menguruskan sekumpulan rangkaian pembelajaran sosial untuk pelajar dan pendidik. Ia boleh didapati dalam 13 versi bahasa yang dikunjungi oleh lebih daripada 30 juta pengguna unik setiap bulan dari lebih 35 buah negara di dunia.  Syarikat ini beroperasi dalam Pendidikan Teknologi. Laman web pertama kumpulan itu telah dilancarkan pada tahun 2009 di Poland di bawah nama Zadane. Sistem ini adalah berdasarkan kepada mata motivasi dan unsur-unsur positif dimana pengguna boleh melibatkan diri dalam komuniti dalam talian.

            Laman web Brainly.my adalah sekumpulan rangkaian pembelajaran sosial berdasarkan rangka kerja yang biasa. Ia adalah salah satu media sosial ketat berhubung dengan pendidikan dan pembelajaran. Ia menggunakan ciri-ciri rangkaian sosial untuk menyambung pengguna yang berhasrat untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan komuniti dalam talian. Projek ini adalah khusus untuk Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan pelajar SMA. Ini  juga termasuk  guru-guru, ibu bapa dan pendidik lain. Setiap versi Brainly adalah percuma. Matlamat syarikat adalah untuk memberi inspirasi kepada pelajar untuk belajar dalam komuniti bersama dan meneroka ilmu pengetahuan dengan memberi tumpuan terutamanya kepada membantu mereka dengan masalah kerja rumah. Sejak ditubuhkan, Brainly telah dilancarkan secara rasmi 13 versi yang dikunjungi oleh lebih daripada 30 juta pengguna unik setiap bulan.

            Akhir sekali,  setiap pengguna diberi mata amaun yang ditetapkan semasa pendaftaran, yang mereka boleh menghabiskan untuk bertanya soalan. Mata kebanyakannya diperolehi daripada menjawab, tetapi terdapat beberapa aktiviti tertentu di laman web, yang boleh mendapatkan pengguna jumlah tambahan mata. Setiap jawapan yang diberikan separuh daripada mata yang digunakan oleh yang bertanya. Selain itu, pengarang soalan mendapat peluang untuk memilih salah satu jawapan yang terbaik, yang memberikan kedua-dua pengarang soalan dan jawapan. Laman web ini juga mempunyai kedudukan (harian, mingguan, bulanan dan umum) dari pengguna yang mempunyai jumlah mata yang diperolehi daripada menjawab soalan (Brainliest Pengguna).


Credit Blog : Irfah

Monday 30 March 2015

What Is Instagram (Hazirah)

Instagram ialah Laman Sosial yang digunakan untuk berkongsi video atau gambar :)


instagram.com/ merupakan sebuah perkhidmatan perkongsian fakta dan rangkaian sosial secara dalam talian yang mebolehkan penggunannya mengambil gambar, meletakkan penapis digital dan menyebarkannya ke dalam pelbagai bentuk perkhidm,atan rangkaian sosial. Instagram diasaskan oleh Kevin Systrom and Mike Krieger dan dilancarkan pada October 2010.
            
Perkhidmatan ini cepat mendapat populariti dengan lebih 100 juta pengguna aktif pada April 2010. Manakala pada Disember 2014, populariti Instagram menaik dengan lebih dari 300 juta pengguna. Instagram diedarkan melalui AppStore, google play and windows store. Sokongan untuk aplikasi yang boleh didapati untuk iPhone, iPod Touch dan telefon Android/Smartphone.
            
Perkhidmatan ini telah dibeli facebook pada bulan April 2012, kira-kira AS $ 1Billion dalam bentuk wang tunai dan saham. Pada tahun 2013, instagram populariti dan pengguna instagram meningkat sebanyak 23%. Istagram memulakan pembangunan di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) apabila Systrom dan Brazil Krieger memilih untuk menumpukan perhatian kepada perkara lain.

            
Nama Instagram adalah singkatan untuk ‘kamera segera’ dan ‘telegram’. Pada mulanya instagram hanya membenarkan penggunanya berkongsi gambar sahaja. Pada 2012, pengasas instagram telah maniktararkan instagram dengan membolehkan penggunanya berkongsi video, selain gambar.



Credit Blog : Hazirah

Sunday 29 March 2015

SAPS??? (Intan)

KEGUNAAN saps?

        

        Kegunaan SAPS adalah sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD. SAPS bertujuan untuk bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah dan menjadi penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis iaitu TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result). 

        Selain itu, SAPS juga digunakan untuk mengakses sistem memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas. Ia digunakan bagi memasukkan markah-markah peperiksaan setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Guru kelas hanya melakukan proses kemasukan markah hanya satu kali setahun dan guru mata pelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan.




KELEBIHAN SAPS?

        Antara kelebihan SAPS ialah dapat mengikut prestasi pelajar sekolah tanpa mengira sama ada sekolah itu di Bandar atau di luar Bandar. Ia  boleh mengukur pencapaian sesebuah sekolah dan dapat mengesan kelemahan murid bagi mengatasi kelemahan berkaitan pelajaran yang dihadapi murid di sesebuah sekolah.
    
         Selain itu, dapat mengurangkan tekanan kepada guru semasa proses pengisian markah peperiksaan kerana guru-guru hanya perlu mengisi sistem SAPS setahun dua kali sahaja iaitu bagi markah peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun. Dengan SAPS, masalah dalam meminta data dapat dikurangkan. Dengan itu, ibu bapa boleh melihat prestasi anak-anak.




KEBURUKAN SAPS?

        Selain kelebihan, SAPS juga terdapat kelemahan iaitu kadar masa untuk memasuki sistem ini purata seorang guru terpaksa log in sebanyak 3 hingga 10 kali kerana sistem ini biasanya akan "CRASH" atau bermasalah sekiranya ada lebih dari 1000 orang guru cuba memasuki sistem SAPS. Keburukan SAPS juga boleh menyebabkan berlakunya kesesakan trafik.



Credit Blog : Intan
 

Saturday 28 March 2015

TWITTER (Ain)

TWITTER

Nama : twitter
Perlu daftar untuk menggunakannya

Twitter adalah satu tempat yang semua orang boleh access. Twitter mempunyai bermacam-macam kegunaan. Salah satu nya ialah "tweet". Sebelum nak tweet sesuatu, kita kena create account untuk menggunakannya. Lain daripada tweet, kita boleh bagi information, upload gambar, tulis "bio" follow orang lain etc.

Kaedah untuk menggunakan twitter

DAFTAR
i. Untuk guna twitter, sign up terlebih dahulu.
ii. Kemudian, isikan semua maklumat yang diminta seperti nama, email, password, re-type password, tarikh lahir and click pada sign up.
iii. Tunggu pengesahan dari twitter. Jika sudah disahkan, maka teruskan menggunakan twitter.


FOLLOW/FOLLOWERS/FOLLOWING
i. Untuk mendapatkan ramai kenalan, kita perlu cari orang lain dengan menggunakan symbol "@". Jika tidak, twitter juga sudah mencadangkan orang-orang yang kita nak follow. Jika tak nak guna cadangan yang diberikan, gunakan cara yang disebut tadi iaitu symbol “@”.
ii. Followers tu adalah orang lain follow kita dan following tu kita sendiri yang follow account orang tu sebab nak follow perkembangan dia.

TWEET
Benda yang paling selalu dilakukan oleh pengguna twitter ialah TWEET. Dengan "tweet" kita akan dapat banyak RT atau FAV. Cara nak tweet, klik pada kotak yang ditulis "WHAT'S HAPPENING?" dan tweet apa sahaja yang anda mahu. Tweet ini bermaksud, kita menulis apa sahaja dari segi emosi, maklumat penting dan lain lain.
Jika tweet kita menarik perhatian, kita akan dapat banyak RT (retweet).
Limit patah perkataan hanya 140 PATAH PERKATAAN.

CARA UPLOAD GAMBAR
Cara nak upload gambar, klik pada tempat tweet yang diterangkan tadi, dibawahnya terdapat symbol camera dan klik symbol tersebut. Selepas itu, pilih file image yang anda mahu upload.
LIMIT UNTUK UPLOAD GAMBAR IALAH SEBANYAK 4 GAMBAR SAHAJA. Boleh juga upload satu gambar jika mahu. TUNGGU SEHINGGA GAMBAR SELESAI DIMUATNAIK.


NOTIFICATIONS (PEMBERITAHUAN)
i.Notifications ni pemberitahuan tentang kita dengan orang lain. Jika kita tweet, dan pengguna twitter lain RT, pihak twitter akan memberitahu pada NOTIFICATIONS.
ii.Jika terdapat pengguna lain "mention" kita di twitter, mereka juga akan memberitahu di tempat tersebut. Senang cerita, apa sahaja berkaitan dengan profile kita, pihak twitter akan maklumkan dinotifications.
iii.Jika ada noti, klik pada noti tersebut.


DIRECT MESSAGES
i.Jika mahu menghantar sebarang mesej yang berunsurkan 'personal', dan tidak mahu pengguna twitter yang lain Nampak dan baca, pihak twitter menyediakan tempat untuk DIRECT MESSAGES. ii.Cara nak guna DM (nama singkatannya),  klik pada icon mesej, kemudian search pengguna twitter lain dan mulakan perbuualan anda. Limit patah perkataan hanya 140 PATAH PERKATAAN.


PROFILE PICTURE AND HEADER
i.Kita perlu letak gambar pada profile picture supaya pengguna twitter lain, kenal dan boleh "cam" siapa kita. Caranya, klik pada tempat gambar disebelah kiri, dan pilih gambar dari file kita yang kita mahu jadikan sebagai profile picture.
ii.Begitu juga dengan HEADER, klik pada gambar diatas itu, dan pilih sahaj image yang mahu diletakkan. Drag betul-betul.


Credit Blog : Ain

Friday 27 March 2015

Apa Itu 4shared

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini saya ingin mengepostkan tentang satu laman web iaitu 4shared untuk pembentangan KPD 303.Saya akan menerangkan dengan lebih jelas tentang laman web 4 shared ini.

4shared???
Alamat : www.4shared.com/


Pengenalan Kepada 4shared

4shared adalah suatu perkhidmatan penyimpanan dan perkongsian fail yang ditubuhkan pada 2005 oleh Alex Lunkov dan Sergey Chudnovsky. Sekarang 4shared mempunyai lebih 5 juta pengguna, 11 juta lawatan harian, 940 TB fail yang dihoskan dan 317 TB pemindahan fail setiap hari.
Ada empat kategori untuk menyimpan, berkongsi dan melihat fail iaitu video, muzik, gambar foto dan buku.

Penggunaan 4shared

4shared membenarkan pengguna-pengguna untuk muat naik dan muat turun fail-fail dengan sebarang pelayar web. Pendaftaran yang biasa membenarkan pengguna-pengguna untuk muat naik 10240 MBke akaun mereka. Pengesahan pendaftaran melalui emel mengembangkan ruang penyimpanan sehingga 15 GB. Pengguna-pengguna Premium akan diberi ruangan 100 GB untuk menyimpan fail-fail.

Selepas sesuatu muat naik yang berjaya, pengguna akan diberi URL yang unik yang akan membenarkan orang lain untuk muat turun fail. Fail-fail yang telah dimuat naik akan disimpan sehingga pengguna-pengguna memasuki akaun mereka sekurang kurangnya setiap 30 hari atau sekurang-kurangnya satu daripada fail itu dimuat turun setiap 30 hari. Akaun-akaun premium tidak mempunyai masa tamat tempoh sehingga pengguna meneruskan sebagai pengguna premium. 

Fungsi Interface pengguna adalah sama dengan fungsi standard windows explorer.
Penguna-pengguna yang belum didaftar perlu menunggu 20 saat didalam barisan muat turun
(CAPTHCA tidak perlu disempurnakan) dan boleh memulakan beberapa muat turun secara serentak.









Langkah-Langkah Untuk Menggunakannya 


1. Sign Up

  •  Pertama sekali, klik pada “Daftar” untuk membuat akaun 4shared apabila mahu menggunakannya.
  •    Seterusnya, ia akan memaparkan borang utnuk mendaftar dan apabila selesai mengisi borang itu klik pada “membuat/mencipta akaun”.
  • Seterusnya, maklumat itu akan disahkan dan pengguna boleh menggunakan akaun 4shared.


2. Log In

  • Untuk log in pula, kita boleh log masuk dengan akaun 4shared, facebook, twitter dan akaun google.
  • Selain daripada akaun 4shred, facebook, twitter dan akaun google, kita tidak boleh log in untuk menggunakan 4shred.
  • Masukkan “E-mel dan Password” untuk log in.
  • Ia akan memaparkan nama kita di akaun 4shared dan akan memaparkan profil 4shared kita.



3. Langkah Untuk Menggunakannya (DOWNLOAD)

  • Pertama sekali, klik pada “search” untuk mencari sesuatu maklumat yang hendak kita cari.
  • Kita boleh cari maklumat dengan pelbagai jenis maklumat iaitu fail, video, muzik, gambar dan sebagainya.
  • Apabila klik pada “muzik”, ia akan memaparkan jenis lagu ‘mp3’.Selepas itu, kita klik pada suatu link lagu dan ia kan memaparkan video atau lagu untuk lagu itu.
  • Seterusnya, klik pada button “download” untuk mendownload lagu itu.
  • Ia kan menambah satu lagi tab untuk download dan kita akan tunggu dalam 20 saat.
  • Apabila sudah habis 20 saat, klik pada button yang berwarna biru yang ditulis “download” untuk memuat turun dan tunggu sehingga lagu itu habis download.
  • Lagu itu akan disimpan di dalam folder komputer kita apabila sudah selesai.
  • Begitu juga dengan fail-fail yang lain untuk download.


4. Langkah Untuk Menggunakannya (UPLOAD)
  • Untuk mengupload sesuatu fail untuk dimasukkan ke dalam 4shared, kita klik pada “muat naik” iaitu upload untuk upload fail.
  • Seterusnya, ia kan memaparkan folder di komputer kita.
  • Pilih fail untuk memasukkan ke 4shared.
  • Contohnya, pilih fail yang bernama “video” untuk dimasukkan ke akaun 4shared.
  • Apabila selesai memilih fail di folder komputer, klik “OK/Open”.
  • Video yang telah kita pilih telah dimasukkan ke dalam akaun 4shared kita,
  • Orang lain boleh “download” video yang telah kita masukkan.








Setting???

Di setting terdapat beberapa untuk mengedit profil kita iaitu:

1. Premium
Premium ini pengguna hendaklah membayar kerana pengguna tidak menunggu masa untuk mendownload.

2. Bahasa
Bahasa ialah kita pilih jenis-jenis bahasa yang boleh kita faham dan bahasa negara kita.

3. Soalan Lazim
Soalan Lazim ialah soalan atau masalah yang biasa ditanya oleh pengguna 4shared.

4. Bantuan
Bantuan ialah untuk membantu pengguna menukar kata laluan dan membantu pengguna untuk menggunakan langkah-langkah 4shared ini.

5. Laporkan Penyalahgunaan
Laporkan Penyalahgunaan ialah kita membuat laporan kepada pengurusan 4shared di atas gangguan yang dihadapi dan ada orang lain yang mengganggu kita punya fail.