Tuesday 26 August 2014

Ciri-Ciri Hubungan

Assalamualaikum,semester 2  ini saya belajar tentang hubungan(relationship).Sebelum ini,saya telah postkan definisi dengan jenis hubungan.Hari ini saya belajar tentang ciri-ciri hubungan.Ada 3 ciri hubungan iaitu Satu ke Satu,Satu ke Banyak dan Banyak ke Banyak.

 
Ciri-ciri Hubungan Satu ke Satu
-Ciri hubungan satu ke satu ialah suatu Entiti dihubungkan ke suatu Entiti yang lain.Seperti contoh,Entiti Pelajar dengan Entiti Kursus boleh dikaitkan dengan hubungan satu ke satu.Seorang Pelajar boleh mendaftar satu Kursus sahaja.
 
Ciri-ciri Hubungan Satu ke Banyak
-Ciri hubungan satu ke banyak pula ialah satu Entiti dihubungkan ke banyak Entiti.Seperti contoh,Entiti Pensyarah dengan Entiti Pelajar.Kedua-dua entiti ini adalah hubungan satu ke banyak kerana Pelajar boleh mempunyai seorang Pensyarah sahaja.



Ciri-ciri Hubungan Banyak ke Banyak
-Ciri hubungan banyak ke banyak pula ialah banyak Entiti boleh dihubungkan ke banyak Entiti.Seperti contoh,Entiti Pelanggan dengan Entiti Barang.Entiti ini adalah hubungan banyak ke banyak kerana ramai pelanggan boleh membeli banyak barang.