Monday 6 April 2015

Apple (Syarifuddin)

Assalamualaikum w.b.t. 

Pengenalan Laman Web Apple

Apple Store ialah sebuah laman web yang mempunyai maklumat tentang gadget berjenama Apple dengan terperinci. Selain itu, Syarikat Apple mempunyai 180 buah kedai penjualan runcit barangan berjenama Apple di Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Kanada dan Itali. Apple kini menggaji melebihi 200,000 pekerja tetap dan pekerja sampingan di seluruh dunia. Jualan tahunan Apple di seluruh dunia pada tahun fiskal 2006 (berakhir pada 30 September) ialah A$$ 19.3 Billion. 

Produk-produk perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan komputer peribadi Mac dan peranti-peranti persisian berkait, barisan pemain media mudah alih iPod, serta iPhone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007.
Pada 9 Januari 2007, syarikat ini menggugurkan perkataan "Computer" daripada nama korporatnya agar membayangkan bahawa Apple yang pada suatu ketika terkenal untuk produk-produk komputer, kini membekalkan berbagai-bagai produk elektronik pengguna.






Image result for apple


Credit Blog : Syarifuddin