Friday 27 March 2015

Apa Itu 4shared

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini saya ingin mengepostkan tentang satu laman web iaitu 4shared untuk pembentangan KPD 303.Saya akan menerangkan dengan lebih jelas tentang laman web 4 shared ini.

4shared???
Alamat : www.4shared.com/


Pengenalan Kepada 4shared

4shared adalah suatu perkhidmatan penyimpanan dan perkongsian fail yang ditubuhkan pada 2005 oleh Alex Lunkov dan Sergey Chudnovsky. Sekarang 4shared mempunyai lebih 5 juta pengguna, 11 juta lawatan harian, 940 TB fail yang dihoskan dan 317 TB pemindahan fail setiap hari.
Ada empat kategori untuk menyimpan, berkongsi dan melihat fail iaitu video, muzik, gambar foto dan buku.

Penggunaan 4shared

4shared membenarkan pengguna-pengguna untuk muat naik dan muat turun fail-fail dengan sebarang pelayar web. Pendaftaran yang biasa membenarkan pengguna-pengguna untuk muat naik 10240 MBke akaun mereka. Pengesahan pendaftaran melalui emel mengembangkan ruang penyimpanan sehingga 15 GB. Pengguna-pengguna Premium akan diberi ruangan 100 GB untuk menyimpan fail-fail.

Selepas sesuatu muat naik yang berjaya, pengguna akan diberi URL yang unik yang akan membenarkan orang lain untuk muat turun fail. Fail-fail yang telah dimuat naik akan disimpan sehingga pengguna-pengguna memasuki akaun mereka sekurang kurangnya setiap 30 hari atau sekurang-kurangnya satu daripada fail itu dimuat turun setiap 30 hari. Akaun-akaun premium tidak mempunyai masa tamat tempoh sehingga pengguna meneruskan sebagai pengguna premium. 

Fungsi Interface pengguna adalah sama dengan fungsi standard windows explorer.
Penguna-pengguna yang belum didaftar perlu menunggu 20 saat didalam barisan muat turun
(CAPTHCA tidak perlu disempurnakan) dan boleh memulakan beberapa muat turun secara serentak.









Langkah-Langkah Untuk Menggunakannya 


1. Sign Up

  •  Pertama sekali, klik pada “Daftar” untuk membuat akaun 4shared apabila mahu menggunakannya.
  •    Seterusnya, ia akan memaparkan borang utnuk mendaftar dan apabila selesai mengisi borang itu klik pada “membuat/mencipta akaun”.
  • Seterusnya, maklumat itu akan disahkan dan pengguna boleh menggunakan akaun 4shared.


2. Log In

  • Untuk log in pula, kita boleh log masuk dengan akaun 4shared, facebook, twitter dan akaun google.
  • Selain daripada akaun 4shred, facebook, twitter dan akaun google, kita tidak boleh log in untuk menggunakan 4shred.
  • Masukkan “E-mel dan Password” untuk log in.
  • Ia akan memaparkan nama kita di akaun 4shared dan akan memaparkan profil 4shared kita.



3. Langkah Untuk Menggunakannya (DOWNLOAD)

  • Pertama sekali, klik pada “search” untuk mencari sesuatu maklumat yang hendak kita cari.
  • Kita boleh cari maklumat dengan pelbagai jenis maklumat iaitu fail, video, muzik, gambar dan sebagainya.
  • Apabila klik pada “muzik”, ia akan memaparkan jenis lagu ‘mp3’.Selepas itu, kita klik pada suatu link lagu dan ia kan memaparkan video atau lagu untuk lagu itu.
  • Seterusnya, klik pada button “download” untuk mendownload lagu itu.
  • Ia kan menambah satu lagi tab untuk download dan kita akan tunggu dalam 20 saat.
  • Apabila sudah habis 20 saat, klik pada button yang berwarna biru yang ditulis “download” untuk memuat turun dan tunggu sehingga lagu itu habis download.
  • Lagu itu akan disimpan di dalam folder komputer kita apabila sudah selesai.
  • Begitu juga dengan fail-fail yang lain untuk download.


4. Langkah Untuk Menggunakannya (UPLOAD)
  • Untuk mengupload sesuatu fail untuk dimasukkan ke dalam 4shared, kita klik pada “muat naik” iaitu upload untuk upload fail.
  • Seterusnya, ia kan memaparkan folder di komputer kita.
  • Pilih fail untuk memasukkan ke 4shared.
  • Contohnya, pilih fail yang bernama “video” untuk dimasukkan ke akaun 4shared.
  • Apabila selesai memilih fail di folder komputer, klik “OK/Open”.
  • Video yang telah kita pilih telah dimasukkan ke dalam akaun 4shared kita,
  • Orang lain boleh “download” video yang telah kita masukkan.








Setting???

Di setting terdapat beberapa untuk mengedit profil kita iaitu:

1. Premium
Premium ini pengguna hendaklah membayar kerana pengguna tidak menunggu masa untuk mendownload.

2. Bahasa
Bahasa ialah kita pilih jenis-jenis bahasa yang boleh kita faham dan bahasa negara kita.

3. Soalan Lazim
Soalan Lazim ialah soalan atau masalah yang biasa ditanya oleh pengguna 4shared.

4. Bantuan
Bantuan ialah untuk membantu pengguna menukar kata laluan dan membantu pengguna untuk menggunakan langkah-langkah 4shared ini.

5. Laporkan Penyalahgunaan
Laporkan Penyalahgunaan ialah kita membuat laporan kepada pengurusan 4shared di atas gangguan yang dihadapi dan ada orang lain yang mengganggu kita punya fail.