Wednesday 15 April 2015

Blogger (Ina)

Assalamualaikum w.b.t.


Pengenalan Blogger

Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya seperti tajuk yang ingin ditulis dan aktiviti yang telah dilakukan dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog ini menggabungan teksimej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog yang ditulis dengan teks.

Pengguna yang menggunakan blog ini lebih suka akan menulis kehidupan harian mereka kerana dengan blog ini dapat memudahkan pengguna untuk menulis catatan harian mereka. Sesetengah orang akan menulis diary atau cerita mereka di buku tetapi zaman sekarang sudah maju, dengan menggunakan blog sahaja pengguna boleh menulis aktiviti harian mereka. 

Blog juga membolehkan pengguna untuk membuat jualan atau mempromosikan bussiness dengan membuat blog supaya orang ramai akan tahu bussiness yang dibuat. Selain itu, pengguna boleh mendapat duit apabila menggunakan blog ini. Pengguna akan mendapat duit apabila pengunjung mengunjungi blog pada bila-bila masa. Jika rating blog seseorang itu tinggi, jadi duit yang pengguna itu dapat akan menjadi banyak. Oleh itu, pengguna haruslah aktif dalam kegiatan menulis blog ini.

Image result for blogger wikipedia melayu


Credit Blog : Ina