Wednesday 9 July 2014

Relationship in Microsoft Access

Relationship Di dalam Microsoft Access???


Maksud Relation adalah hubungan.Manakala,relationships ialah perhubungan antara dua objek.Relationships di dalam Microsoft Access adalah hubungan antara satu field di dalam suatu table dengan field pada table yang lain.Untuk membuat relationships ini adalah kedua table harus memiliki  satu medan yang sama.Di mana field yang sama pada salah satu table tersebut menjadi Primary Key.


Ada 3 jenis hubungan iaitu:

i.Satu kepada Satu
Dalam hubungan satu kepada satu,setiap rekod di dalam jadual contohnya jadual (Maklumat Pelajar),mempunyai satu rekod yang lebih kurang sama dengan jadual (Markah Pelajar).Jadual (Markah Pelajar) juga mesti mempunyai satu rekod yang sama dengan jadual (Maklumat Pelajar).Maklumat yang berada di dalam jenis hubungan satu kepada satu  akan berada di dalam satu jadual.



ii.Satu kepada Banyak

Dalam hubungan satu kepada banyak adalah  hubungan yang paling biasa di antara dua jadual dalam pangkalan data.Contohnya,jadual (Maklumat Pelajar) boleh mempunyai rekod yang banyak yang hampir sama dengan jadual (Markah Pelajar).Jadual (Markah Pelajar) hanya boleh mempunyai satu rekod yang sama sahaja di dalam jadual (Maklumat Pelajar).

iii.Banyak kepada Banyak
Dalam hubungan banyak kepada banyak,jadual (Maklumat Pelajar) boleh mempunyai rekod yang sama banyak dengan jadual (Markah Pelajar).Manakala,jadual (Markah Pelajar) juga boleh mempunyai sama banyak dengan jadual (Maklumat Pelajar). Satu hubungan banyak ke banyak bermakna untuk setiap rekod dalam satu jadual.