Monday, 24 February 2014

KUNCI PRIMER DAN KUNCI ASING


  • Di dalam pangkalan data,terdapat kunci primer dan kunci asing yang mana nilainya adalah unik dan mesti diisi(tidak boleh tinggalkan kosong).Setiap jadual mesti mempunyai minimum satu kunci primer.


Kunci Primer

  • Kunci primer adalah medan yang unik mewakili setiap rekod dalam baris sesebuah jadual.Kekunci ini tidak boleh memiliki nilai null.(tidak boleh tinggalkan kosong).
  • Dalam setiap jadual di pangkalan data mesti memiliki sekurang-kurangnya satu kunci primer.Pemilihan kunci primer adalah bergantung kepada kesesuaian dan keunikan nilainya dengan medan-medan lain.
  • Kunci primer juga boleh diberikan secara automatic oleh perisian DBMS.
  • Kunci primer juga boleh dicipta sendiri oleh pengaturcara.Antara yang sering digunakan adalah seperti nombor kad pengenalan kerana ia adalah unik(tak akan ada no kad pengenalan yang sama antara dua orang)ataupun nombor surat beranak,nombor pasport,nombor pelajar ataupun nombor pekerja.



Kunci Asing

  • Kunci asing adalah salah satu medan dalam jadual pertama yang dijadikan kunci primer,yang berada di dalam jadual kedua atau pada jadual lain.Kunci asing boleh digunakan untuk jadual rujukan silang.
  • Setiap nilai kunci asing mestilah berpadanan dengan nilai kunci primer dalam hubungan yang dirujuknya.Nilai bagi kunci asing dalam jadual boleh berulang-ulang.

Kepentingan Kunci Primer

  • Memastikan setiap rekod lama yang tersimpan tidak bertindih dengan rekod baru.
  • Memberikan identiti yang unik bagi setiap rekod yang disimpan di dalam pangkalan data.
  • Menjadikan data yang disimpan adalah utuh kerana setiap rekodnya mempunyai satu nilai yang unik sebagai pengenalan diri.
  • Mengelakkan daripada rekod yang sama berulang-ulang disimpan di dalam pangkalan data.Ini seterusnya dapat menjimatkan ruangan storan komputer.
  • Memudahkan proses pencarian dan capaian ke atas rekod.Rekod yang hendak dicari boleh dicapai dengan membuat carian dengan menggunakan kata kunci ke atas kunci primer.





Perbezaan Antara Kunci Primer dan Kunci Asing

Kunci Primer     Ciri-Ciri Kunci Asing
Kunci primer biasanya terletak pada medan pertama sebelah kiri dalam jadual.


     Lokasi Kunci asing biasanya terletak pada medan kedua selepas kunci primer dalam jadual.
Kunci ini dicipta dengan memilih medan yang mempunyai nilai yang unik.      Cipta Ia dicipta dengan memasukkan medan kunci primer dari satu jadual ke jadual yang lain.
Hanya terdapat satu kekunci ini di dalam sesebuah jadual.   Bilangan Kunci Mungkin terdapat lebih daripada satu kekunci ini di dalam sesebuah jadual.
Data pada medan kunci primer tidak mungkin berulang.   Pengulangan Data Data di dalam medan kunci asing boleh berulang-ulang.
Nilai pada kunci ini adalah nilai yang unik dan ia mesti diisi bagi sesebuah jadual.     Nilai Kunci Nilai kunci ini tidak unik kerana nilainya merujuk kepada kunci primer pada jadual lain.





  Ia tidak membenarkan nilai kosong pada medan ini dan tidak membenarkan pengulangan nilai yang sama.      Nilai Kosong Kunci ini membenarkan nilai kosong dan pengulangan nilai yang sama.
Kunci ini digunakan untuk menentukan rekod di dalam sesebuah jadual kerana nilainya yang unik.   Fungsi Kunci Kunci ini digunakan untuk menghubungkan antara dua jadual bersama.