Assalamualaikum, post kali ini kita akan membincangkan tentang Recognize The Type Of User Interface iaitu Jenis-jenis Antara Muka. Ada beberapa User Interface yang akan dibincangkan iaitu :
1. Antara
muka baris arahan ( Command-line Interface / CLI )
Pengguna menaip satu arahan pada papan kekunci komputer dan
system komputer bertindak dengan paparkan arahan yang telah diberi pada monitor
computer.
2. Antara
muka grafik ( Graphical User Interface / GUI )
Antara muka grafik menerima input melalui papan kekunci
komputer,tetikus dan menyediakan output grafik pada monitor komputer.
Antara muka grafik digunakan untuk manipulasi ikon secara
terus dengan menggerakkan sesuatu peranti.
Antaramuka berpandukan menu membenarkan pengguna
untuk mendapat arahan melalui menu.
4. Antaramuka
Segera ( Prompt User Interface / PUI )
Antaramuka segera mempercepatkan pengguna untuk
memasukkan sesuatu maklumat,sistem komputer meminta maklumat serta pergi ke
langkah yang seterusnya. Contohnya, komputer minta log in untuk membuka sesuatu
laman web.
5. Antaramuka Melalui Suara ( Voice User Interface / VUI
)
Antaramuka melalui suara membenarkan pengguna
berinteraksi dengan menggunakan suara. Percakapan pengguna akan dirakam dan
segala patah perkataan pengguna bercakap akan mengeluarkan respon. Tetapi,
sistem komputer boleh memahami perkataan dalam tatabahasa yang betul sahaja.
6. Antaramuka Pelbagai Modal Pengguna ( Multi-modal User
Interfaces / MUI )
Antaramuka Pelbagai Modal Pengguna merujuk kepada
interaksi antara maya dan persekitaran fizikal melalui komunikasi mod semula
jadi. Sistem pelbagai modal menyediakan persekitaran yang lebih efisyen,
dan boleh digunakan bagi membenarkan pengguna untuk berinteraksi melalui kaedah
input seperti ucapan, tulisan, isyarat tangan dan pandangan. Selain itu, kaedah
output juga dapat digunakan bagi tujuan ini.