Monday 13 April 2015

We Heart It (Deeba)

 Assalamualaikum w.b.t.


Pengenalan We Heart It

Laman web We Heart It adalah tempat untuk berkongsi gambar dan satu rangkaian sosial untuk meletakkan imej-imej sebagai inspirasi. Laman web ini digambarkan sebagai 'Home Inspiration Of Image' kerana ia penuh dengan pengisian gambar-gambar dan digelar 'Share What We Like'. Pengguna laman web ini boleh berkongsi dan mengumpul gambar-gambar yang telah dimasukkan ke dalam laman web ini bersama rakan-rakan.

Kebiasaan pengguna laman web ini akan memasukkan gambar yang memberi maksud dengan gambar yang telah mereka post. Pengguna laman web ini kebanyakannya suka akan gambar yang hidup dan memberi makna dalam gambar tersebut.

Pengguna boleh menggunakan aplikasi ini laptop atau di komputer. Ianya juga boleh digunakan di telefon,android dan sebagainya.

Laman web ini juga boleh mempunyai rakan iaitu followers yang mengikut perkembangan aktiviti kita di laman web ini. Oleh itu, pengguna boleh berhubung dengan sesiapa sahaja melalui laman web ini. Apabila kita memasukkan gambar di dalam laman web ini, pengguna boleh like gambar tersebut dengan klik pada gambar hati (love) untuk like post gambar tersebut.

Image result for we heart it wiki


Credit Blog : Deeba