Wednesday 13 August 2014

Jenis-Jenis Hubungan (Relationship) Dalam Ms Access

Assalamualaikum w.b.t,hari ini saya akan menyatakan jenis-jenis hubungan (relationship) di dalam Ms access.Pada post yang lepas,saya telah menyatakan maksud bagi hubungan (relationship) dalam Ms access.Sekarang,jenis-jenis hubungan dalam Ms access ada 3 jenis hubungan iaitu:


 i.Satu kepada Satu

Dalam hubungan satu kepada satu,setiap rekod di dalam jadual contohnya jadual (Maklumat Pelajar),mempunyai satu rekod yang lebih kurang sama dengan jadual (Markah Pelajar).Jadual (Markah Pelajar) juga mesti mempunyai satu rekod yang sama dengan jadual (Maklumat Pelajar).Maklumat yang berada di dalam jenis hubungan satu kepada satu akan berada di dalam satu jadual.
 
ii.Satu kepada Banyak
 
Dalam hubungan satu kepada banyak adalah hubungan yang paling biasa di antara dua jadual dalam pangkalan data.Contohnya,jadual (Maklumat Pelajar) boleh mempunyai rekod yang banyak yang hampir sama dengan jadual (Markah Pelajar).Jadual (Markah Pelajar) hanya boleh mempunyai satu rekod yang sama sahaja di dalam jadual (Maklumat Pelajar).

   
iii.Banyak kepada Banyak

Dalam hubungan banyak kepada banyak,jadual (Maklumat Pelajar) boleh mempunyai rekod yang sama banyak dengan jadual (Markah Pelajar).Manakala,jadual (Markah Pelajar) juga boleh mempunyai sama banyak dengan jadual (Maklumat Pelajar). Satu hubungan banyak ke banyak bermakna untuk setiap rekod dalam satu jadual.