Thursday 2 July 2015

Recognize The Type Of User Interface


Assalamualaikum, post kali ini kita akan membincangkan tentang Recognize The Type Of User Interface iaitu Jenis-jenis Antara Muka. Ada beberapa User Interface yang akan dibincangkan iaitu :


    1.    Antara muka baris arahan ( Command-line Interface / CLI )
Pengguna menaip satu arahan pada papan kekunci komputer dan system komputer bertindak dengan paparkan arahan yang telah diberi pada monitor computer.

    2. Antara muka grafik ( Graphical User Interface / GUI )
Antara muka grafik menerima input melalui papan kekunci komputer,tetikus dan menyediakan output grafik pada monitor komputer.
Antara muka grafik digunakan untuk manipulasi ikon secara terus dengan menggerakkan sesuatu peranti.

   3.   Antaramuka berpandukan menu ( Menu-driven User Interfaces / MDUI )
Antaramuka berpandukan menu membenarkan pengguna untuk mendapat arahan melalui menu.



            4. Antaramuka Segera ( Prompt User Interface / PUI ) 
     Antaramuka segera mempercepatkan pengguna untuk memasukkan sesuatu maklumat,sistem komputer meminta maklumat serta pergi ke langkah yang seterusnya. Contohnya, komputer minta log in untuk membuka sesuatu laman web.


                5. Antaramuka Melalui Suara ( Voice User Interface / VUI )
Antaramuka melalui suara membenarkan pengguna berinteraksi dengan menggunakan suara. Percakapan pengguna akan dirakam dan segala patah perkataan pengguna bercakap akan mengeluarkan respon. Tetapi, sistem komputer boleh memahami perkataan dalam tatabahasa yang betul sahaja.


          6. Antaramuka Pelbagai Modal Pengguna ( Multi-modal User Interfaces / MUI )

Antaramuka Pelbagai Modal Pengguna merujuk kepada interaksi antara maya dan persekitaran fizikal melalui komunikasi mod semula jadi. Sistem pelbagai modal menyediakan persekitaran yang lebih efisyen, dan boleh digunakan bagi membenarkan pengguna untuk berinteraksi melalui kaedah input seperti ucapan, tulisan, isyarat tangan dan pandangan. Selain itu, kaedah output juga dapat digunakan bagi tujuan ini.




No comments:

Post a Comment