Thursday, 25 June 2015

Human - Computer Interaction

Pada post kali ini, ia akan menerangkan Human- Computer Interaction iaitu cara manusia dan komputer berinteraksi. Apa yang dimaksudkan dengan Human Computer Interaction ini???
Oleh itu, kita perlu mengenalpasti maksud/definisi HCI ini seperti di bawah:

Definisi HCI 
adalah suatu proses/aktiviti iaitu HCI , pengguna boleh manfaatkanya dan boleh berinteraksi antara dua muka (interface) melalui medium (hardware) seperti komputer. Semasa HCI sedang dijalankan, sebenarnya kita sedang berinteraksi dengan komputer dan kita sendiri yang memberi arahan kepada komputer, dan sistem komputer menerima arahan daripada kita dan terus melaksanakan arahan tersebut. Sistem komputer akan melaksanakan arahan sehingga selesai. HCI juga merupakan suatu perkara yang menekankan pada aspek rekabentuk, penilaian dan perlaksanaan daripada sistem komputer yang interaktif untuk kegunaan manusia dengan mengambil kira perkara yang terjadi disekeliling. Tujuan HCI adalah membuatkan sistem lebih berguna, bebas dari gangguan pengguna luar (hacker), produktif, efektif, efisien dan mempunyai pelbagai fungsi. 


HUMAN/PENGGUNA YANG MENGGUNAKAN HCI 
 Manusia yang menggunakan HCI adalah pengguna/orang yang berinteraksi dengan komputer melalui sistem komputer dengan memberikan arahan serta merta sehingga dapat menyelesaikan kerja sehingga selesai. Manusia atau pengguna yang menggunakan HCI menggunakan hardware seperti komputer, tetikus (mouse) untuk memasukkan maklumat seperti rekabentuk, penilaian seseorang dan sebagainya. Tanpa manusia, HCI tidak dapat dijalankan dan dibangunkan. 


COMPUTER 
 Semua sudah maklum apa itu komputer. Jika yang baru mengenali dunia IT, komputer adalah hardware yang digunakan sebagai medium untuk manusia berinteraksi dengannya. Untuk menjalankan HCI, perkakasan seperti komputer amat diperlukan. Telefon bimbit juga merupakan perkakasan sama seperti komputer yang didalamnya terdapat “add gesture” “fingerprints” dan sebagainya. Dunia moden sekarang telah banyak mewujudkan komputer pelbagai jenis 


INTERACTION 
 Interaksi pula adalah sesuatu perkara yang membolehkan terjadinya sesuatu interaksi antara pengguna dan komputer. Interaksi adalah perkara yang menyampai maklumat melalu medium yang telah dinyatakan tadi dengan mudah. Bagaimana interaksi boleh terjadi? Interaksi merupakan proses dimana ianya memerlukan manusia (human) dan juga komputer (hardware) untuk berinteraksi untuk menyelesaikan sesuatu perkara dalam aspek rekabentuk, penilaian dan sebagainya. Tanpa kedua perkara tersebut, akan tidak wujud interaksi antara manusia dan computer kerana computer menerima arahan daripada pengguna yang dipanggil interaction.

No comments:

Post a Comment